INFAQ & WAKAF MATRI 1444H / 2023M

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Tawaran Meraih Pahala Lumayan Yang Mengalir Berpanjangan

Firman Allah S.W.T:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Maksud: “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.”[Surah Al-Baqarah: 26]

Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah atau singkatannya MATRI adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang berfungsi sebagai sebuah sekolah antarabangsa dan sekolah swasta. Ia didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.

Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ditubuhkan pada 3 Zulhijjah 1408 bersamaan 29 Julai 1987. Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, MATRI terletak di Perkampungan Tunjung, Beseri, Perlis dengan keluasan 16.5 ekar. Lokasinya yang unik amat sesuai untuk aktiviti pembelajaran iaitu terletak di lereng Bukit Tunjung dengan landskap sekeliling yang menghijau lagi harmoni, dikelilingi oleh rumah-rumah pennduduk Perkampungan Tunjung yang tersusun indah.

Ma’had ini telah diasaskan oleh Allahyarham Al-Fadhil Dato Kaya Bakti Ustaz Dahlan bin Mohd Zain dan mula beroperasi pada 2 Ogos 1987 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1470H. Pengajiannya bermula dengan 17 orang pelajar (8 lelaki dan 9 perempuan) peringkat Marhalah Khassas (Pra- Universiti). Kini, MATRI mempunyai lebih daripada 65 orang tenaga kerja (guru dan kakitangan sokongan) serta lebih 830 orang pelajar.

Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam, MATRI telah didaftarkan dengan:

Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 8 April 1990 (JAIPs-AM-1/8/(8))
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis – mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 1994 (No. Pendaftaran : JPPs 24/98)

Pada 6 April 2003, MATRI telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengambil pelajar antarabangsa (No. Rujukan Kelulusan: KP(JPS)5181/20/10/Jld.2(47).

Tawaran meraih pahala yang mengalir berterusan dengan menyumbang pada DANA MATRI

DANA MATRI adalah salah satu inisiatif pihak Ma’ahad Attarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI) Perlis bagi membuka peluang kepada semua pihak untuk memberikan sumbangan berbentuk kewangan kepada pihak sekolah dalam menguruskan secara lancar pentadbiran & operasi seharian.

Sehubungan itu, kami dengan merendah hati ingin mengajak semua untuk berinfaq bagi membantu meringankan bebanan kewangan pihak MATRI. Semoga dengan pertolongan yang diberikan, Allah SWT membalasnya dengan kebaikan berlipat ganda di dunia dan diakhirat. Amin.. 

Berapa jumlah sumbangan yang diperlukan?

Keseluruhan dana yang diperlukan sebanyak RM430,000.00 yang meliputi kos operasi & penyelenggaraan MATRI.

Berikut adalah pecahan dana yang diperlukan :

1. Menampung Dana Operasi Pentadbiran & Pengurusan
(RM150,000.00)

2. Menampung Bil Utiliti (Elektrik,Air dan Telekom)
(RM80,000.00)

3. Menampung Perbelanjaan Dewan Makan Pelajar
(RM150,000.00)

4. Menampung Dana Penyelenggaraan Peralatan Pelajar
(RM50,000.00)

Selebihnya jika ada, akan digunakan bagi membiayai anak-anak pelajar yang sedang melanjutkan pengajian disini.

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.

JOM REBUT PAHALA!

“Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas karana ALLAH, melainkan ALLAH akan menggantinya dengan berlipat ganda” 

-HR.Muslim-

Jom tukarkan harta dunia kita kepada harta akhirat!

LANGKAH-LANGKAH MENYUMBANG

Pilih salah satu cara

Cara 1: 

Scan QR atau bank in secara CDM dengan jumlah yang anda kehendaki: 

Nombor akaun & bank:

Cara 2:

toyyibpay-e1630852932412.png

Bank in menggunakan payment gateway Toyyibpay: 

Untuk bank in secara online melalui payment gateway, pilih bahagian yang anda ingin berikan sumbangan.

Kemudian isikan butiran anda dan pilih bank yang anda mahu gunakan untuk transaksi.

Nota : Apabila anda menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) ini, akan muncul nama ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang kami gunakan bagi memudahkan beri sumbangan waqaf secara dalam talian (online). Duit sumbangan tersebut tetap akan terima oleh pihak MATRI.

  • Tabung Dewan Makan

    RM660.00 of RM150,000.00
    Jom Infaq
  • Tabung Operasi & Pengurusan

    RM210.00 of RM150,000.00
    Jom Infaq
  • Tabung Penyelenggaraan

    RM40.00 of RM50,000.00
    Jom Infaq
  • Tabung Utiliti

    RM50.00 of RM80,000.00
    Jom Infaq

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
[HR Muslim, no. 1631]

Shopping Cart